Saturday, October 10, 2009

busy busy busy

dh berabad aku x tepek ape2...kemalasan n ditambah kebusyan(ade ke ayat cam tu)....
nanti la yek ..
hati nie dh x saba nk jaja kisah aku beraya...tp ade jek halangan malas tu ...
nanti la yek saba2 ..... klu x sempat gak tunggu la raya lagik satu 2010...hehehehehe



Monday, September 28, 2009

selamat pulang kebandar

episod beraya dikampung dh pun sempurna habis n sekarang time warga kota lak nak beraya...

hari aku dh pun mula berkeja ahh rasa bosan n malas tp megenangkan mencari rezeki aku gagahi gak la....

hari raya kali ini aku begitu puas n bersyukur sangat...sonok habis lagik berkumpul bersama family...

nanti2 la aku jaja cite raya aku k..



Friday, September 18, 2009

KAD RAYA PENGANTI DIRI



Di kesempatan ini anies ingin mengucapkan Salam Aidilfitri Minnal Aidil Wal Faizin kepada semua pengunjung-pengunjung/pengikut-pengikut tetap yang selalu skodeng saja di dapuranies n epoyanies.blogspot selama ini dan kot ada yang singgah sahur sepanjang Ramadhan ni..hehe. anies ingin menyusun jari sepuluh memohon berbanyak-banyak maaf di atas segala kesilapan (sudah tentunya ada kan..) yang tidak disengajakan sama ada dari segi tutur kata, gurau senda, usik-mengusik serta tingkah laku anies yang mungkin menyinggung rasa sama ada di alam siber ini, telefon, sms, ym segala laaahhhh...tiada niat yang tidak baik...hanya sekadar memeriah dan menceriakan tali silaturrahim yang terjalin di sini...Maaf dipinta sekali lagi...

Dengan itu, sudi2 kan terima kad tanda ingatan dari anies ni untuk digantung di rumah masing-masing sebagai tanda terima kasih anies kepada kalian yang tidak jemu-jemu bertegur sapa, memberi tunjuk-ajar, nasihat dan menceriakan hati anies di sini..Diharapkan Ramadhan yang bakal berlalu akan memberi kesan dan keinsafan sepenuhnya dan Syawal yang dinanti akan mengembalikan kita kepada fitrah diri yang asal dan membawa kebaikan dalam diri kita...Amiiinnnn...Semoga kita semua dipanjangkan umur dan diberikan rahmat dan hidayah oleh Allah swt.

Kepada yang akan balik kampung tu, beringat2 dan berhati2 lah ketika di jalanraya...Sesungguhnya Syawal adalah bulan untuk meraikan kemenangan dan kita sambutlah kedatangannya dengan penuh kesyukuran...Jangan lupa, disunatkan juga berpakaian seadanya...Makan ketupat dan lemang tu, ingat2 lah anies di sini eh..hehe...Salam sayang dari anies untuk kalian semua...

Monday, September 14, 2009

SAMBUTAN RAYA BERSAMA MAMEE SLLRRRP


Dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang kian menjelma, tibalah masanya untuk kita mula menghantar salam ucapan Hari Raya kepada rakan-rakan, ahli keluarga serta rakan setugas masing-masing. Pada zaman ini, kita tidak perlu lagi menulis ucapan Hari Raya ke atas beberapa keping kad dan hantar melalui pos yang mungkin akan tiba selepas Hari Raya.Dengan adanya teknologi yang sudah berkembang, kita sudah mampu untuk menghantar e-kad bagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan yang beragama Islam. Mamee telah menyediakan senarai e-kad pelbagai pilihan untuk anda hantarkan kepada rakan-rakan serta ahli keluarga anda di bulan Ramadhan ini. Untuk melihat senarai e-kad tersebut, sila layari laman web www.rayagayamamee.com.myDi samping itu, anda juga berpeluang untuk memenangi sebuah rumah terbuka PERCUMA Mamee Sllrrrp di Hari Raya ini yang akan dihoskan oleh selebriti-selebriti Akademi Fantasia kegemaran anda seperti Mila, Hafiz, Aril dan juga pengacara-pengacara radio Era! Selain itu, Era juga akan memberikan hadiah wang tunai harian RM200 untuk dua orang yang menghantarkan e-kad terbanyak daripada laman web Raya Gaya Mamee! Ada lagi berita baik! Sekiranya anda merupakan seorang ahli Nuffnanger yang menulis mengenai kempen ini di dalam blog dan berjaya dipilih sebagai pemenang, anda bakal menerima hadiah wang tambahan RM300 yang akan dikredit masuk ke dalam akaun Nuffnang anda!!Jadi, lekas dan hantar seberapa banyak e-kad Hari Raya anda sekarang!Untuk maklumat lanjut bagi memenangi wang tambahan RM300 ini, sila rujuk artikel blog Nuffnang. Selamat Berpuasa,

P/S:mari kite sertai ..manala tau rezeki

Saturday, September 12, 2009

kad raya dr kak zai

salam lebaran n terima kasih kak zai teratak impian





tag persiapan menyambut hari raya

tag ni dicilok dr katty... sebabnyer n3 nie kena betui ngan kite yg akan menyambut raya x lama lagik.. n3 nie pasal persiapan raya ...so ckit sbyk dpt ler kite bkongsi cerite....

BAJU RAYA

klu nk ikut kan hati 5 pasang aku nak tp kite jgn ikut seruan nafsu..so plan aku 2 aje..tp lum beli lagik pun..x ade masa n lum ader yg berkenan(aku beli siap jek..senang)..tema baju raya thn nie purple n 1 lagik biru atau colourfull...

KASUT RAYA

Kasut Raya aku mungkin 1 atau x ade kot...negok la keadaan (sal aku lum beli lagik)x pkr pun....

FAMILY AKU

hubby::pun same lum beli lagik...tp sudyn kata dia nak beli baju melayu jek (purple ikut tema)
baju lain x yah..baju yg ado leh pakai lagik...cih jimat la pulak kan..aku x kisah pun janji aku nyer ado..

IBU AYAH:

mereka dh dijemput ilahi..
hanya doa n ingatan serta kasih sayang bt mereka...rindu bebenor aku kat mak ayah..klu meke ade lagik bahagia aku...huhuhuhu
AL_FATIHAH hadiah tuk ayahbondaku tcinta...amin

FAMILY MERTUA:

setiap tahun pasti ade hadiah wat mentua..tp for this year lum beli lagik...coming soon
setiap tahun yg wajib tuk mentua tp tuk umah la kuih raya n juadah raya..tu memang koje menantu la...hehehe

KUIH RAYA

order punyer: pada akak ipor aku oder satu jenis tart nenas..sedap yum yum.awal pose pun aku dh oder n dh abis pun..nie oder lagik 100..
pada nurul pun aku ade oder sekut n kepek

air tangan: aku gak wat sekut raya 3 jenis iaitu almond london (sudyn makan x hengat nyer..kata nyer sedap), sekut sarang semut anies n popia mini..so far semua nie memang fov. aku

RUMAH BARU

wei xkan tiap2 thn raya nk tukar umah baru gak kot..wat masa nie aku dok diam2 kat quaters dulu yek mybe setahun dua lagik br dok pkir nk beli umah baru.x per time aku raya umah baru nanti aku jaja kat blog k..insyallah..
so far persiapan raya ade la ckit2 tp x ade la sampai tuko perabot...cuma sblum balik kg tu aku n sudyn gotong royong la tuk nampak berseri ckit

LANGSIR BARU

yes ..nie memang aku tuko..saje jer tuko curtain bab langsir umah aku nie hanya ado satu jek..

DUIT RAYA

bab duit raya tu diserah kan pada sudyn...
Duit raya sudyn dh sedia kan utk mak ngn abah.. Ank2 buah.. serta sesape yg beraya diumah ku akan dpt wit raya..yeh,yeh(sesape mintak aku akan bleh aje nanti aku pow duit raya sudyn)

BONUS

bonus x ade tp aku akan dapat duit raya dr hubby aku...hehehe suke

BALIK KG

thn nie sonok ckit pasai dapat balik kg wpun umah mentua tp ku tetap sonok(kat situ jek la kg ku yg ado ibu ayah)
'"thn lepas aku raya berdua jek kat kl ngan sudyn pasai sudyn x dpt cuti""
thn nie aku nak berraya sakan....

::aku nak tag kak zura....sila wat homework yek....

Wednesday, September 9, 2009

Tauladan

Untuk Suami Isteri Yang Selalu Bergaduh


Sepasang
suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki
3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat.
Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka
memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga
mereka secepat mungkin.

Mereka
menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan
pembahagian
harta sepencarian di antara mereka, perundingan
berlangsung lancar dan akhirnya
sebagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah,
rumah, dan semua aset
harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua
belah pihak. Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya,
yaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka
tiga orang].

Baik si suami maupun si isteri, sama sama
ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak
tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Nabi Sulaiman
a.s. dulu.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama,
meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh.
Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak,
yaitu mereka
diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka
harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan
mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan
tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah
untuk dibahagi di antara mereka
berdua.

Kerana
si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka
mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan
akhirnya mereka berhasil.

Setahun
kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu
dengan pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan
dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya, :
"Apakah Kalian
tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal
bercerai?".
Sang Suami lalu menjawab : "Tuhan maha
pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus
juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan
saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai".
"Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?" , tanya Sang
Imam.

"Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu
anak, tapi dua anak,anak kembar!!".

Beberapahikmah:

1 Menunda tindakan negatif sering
bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi.
Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang
ingin kita lakukan. Betapa banyak penghuni penjara yang
menyesal: mengapa ketika marah memukuli isteri/anak/ dsb
sampai tewas....

2.Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah
kunci kebaikan, sehingga nabi saw menekankan laa taghdhab
[jangan marah] kepada
sahabatnya.

3.Kisah diatas menunjukkan kasih sayang
Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah di atas
yaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil meredam
pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan
isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali
membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan
membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa
baiknya suaminya/isterinya.

4.Pertengkaran itu lumrah rumah tangga.
Dengan pertengkaranlah membuat keharmonian semakin terasa
nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa
setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak
sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Karena pertengkaran itu
seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan.

...sampaikanlahilmu walaupun hanya satu ayat......
...muhasabahlah diri sendiri sebelum muhasabah diri orang lain

p/s:renung-renungkan dan selamat beramal


Tuesday, September 8, 2009

TAGGED DARI CIKGU ZURA LAGI

::g nie berkisahkan pasal makan...bab makan memang febret aku..so negok la bdn aku wlpun cuba diet tp x ade maknanye... ::

[TAG] Makan-Makan Raya:-

1. Suka memasak ?

ohh masak aku memang suke...lagi2 masak tuk sudyn.. tp bila dtg malas.. aku suruh tukang masak aku yg masak(kedai la per lagik)

2. Masakan istimewa anda untuk yg tersayang adalah...(2 jenis)

1: gulai tempoyak

2:kari kepala ikan

3.Makanan istimewa yang anda suke waktu Raya? kenapa?(2 jenis)

lemang + rendang tok n ketupat n ayam masak merah..kenape aku suke bab tu akunyer fov menu raya

4. Kuih Raya Kegemaran anda dan si dia?

aku n sudyn memang suke biskut tart nenas n almond london

5. Tayang sikit gambar masakn dari anda...hehe

gambar x snap la...negok la nanti diusahakan

6. Sila beri TAG ini pada 6 orang kenalan di Blog List anda:-

bab nie paling aku x suke..bab x ade geng...jd aku x tag sesaper

p/s:cikgu keje sekolah dh siap

Saturday, September 5, 2009

::kesah yg menyentuh hati::



Kasih sayang yg tak berpenghujung. .. ..

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah."Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai."Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,"Saya yang ambil!"Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri.

Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!""Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak."Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu."Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik.

Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis."Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak."Kakak perempuan... . biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .
"Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!""Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup tersentuh.

Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu."Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.""Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya."Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik."Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik."Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.""Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk."Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.

Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."

katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.."Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

p/s:aku menbaca kesah ini di blog ceera ,aku begitu merasai kepedihan,kesedihan n penderitaan mereka..sedih sesgt....tanpa sedar air mata ku menbasahi pipi yg gebu ini(gebu ke)..jadi aku nk cher ngan sahabat blog aku gak...

nangis la puas2 huhuhuhu...

Friday, August 28, 2009

TAGGED DARI K ZURA

(dh lama x wat keje sekolah dr teacher zura..
woo garang teacher nie x wat nanti kena rotan..ee takut.so teacher dh koje kolah dh berehhhh)

1. Letakkan logo award ini ke blog anda

dah tepek dh

2. Anugerahkan award ini kepada 10 blog yg anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra

bab nie yang aku malas nie..aku nak tag sape,aku x ade kawan blog ramai...arkkk sape2 la nk silakan


3. Nyatakan penghargaan ini melalui "BACKLINCK" dgn blog yg anda anggap paling memberikan inspirasi & mesra dari blog anda..

eee no komen ..x paham la n x tau ape nk wat(begap tul)


4. Informasikan penerima award mengenai award yg mereka terima dgn nytakan komen di blog mereka.

insyallah ...klu kemalasan diri x menjelma
5. Berbagi cinta & Syg tuk penghargaan ini kpd pemberi anugerah ini...

terimala kasih atas anugerah ini,teras diri dihargai gitu..wah megedikss lak aku nie

*sape x saya family...kakak zura saya sayang kamu n family kamu gak*

Saturday, August 22, 2009

salam ramadhan



tiada hari seindah JUMAAT,
tada kata seindah zikir
tiada ibadah seindah solat
tiada bulan seindah RAMDHAN AL MUBARAK


peluk la RAMADHAN ini seerat mungkin
krn tiba masanyekite terpaksa melepaskannye
andai RAMADHAN ini yg terakhir
moga ia terbaik disisi-NYA
SELAMAT BERPUASA...


mohon maaf andai anies ada melakukan kesalahan yg sengaja atau tidak.
semoga khidupan kite lebih baik..amin



tagged dr c33ra

1. Copy award untuk diletakkan dalam blog anda


ceera aku ambik ekk...tp aku x paham la nape gambo kencing nie leh tekenan dihati aku,.
adakah aku suke mengencing,terkencing @ dikencing oleh insan yg suke mengencing....
eee poning macik nk pkr...

2. Nyatakan 6 fakta menarik mengenai pemberi award ini.(award nie aku rembat kat ceera la)

6 banyak sgt tu...aku konal si ceera nie pun dr blogger..tp yg aku tau dia nie happy go lucky orgnyer,suke senyum ,suke bposing amik gambo,x kedekut ilmu n cantik(aku suke baca n3 ceera,wpun aku bukan pengomen tegar..kemalasan yg tlampau aku nie)

3. Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri.

woh 9 tu....tp aku nie x ade hobi yg tetap...ikut musim...tp bab shoping pegabis duit tu bukan hobi tp keperluan yg mesti ditunaikan.....

aku lebe kurang la macam ayat si ceera MALAS tu yg bt ape pun semu ikut mood.

4. Pilih 10 orang penerima award dan describe tentang mereka

aku nk tagged....akak zura ,nurul (citarasa88) n semua yg nk amik award nie sila2 la....jgn malu2....



Tuesday, August 18, 2009

wedding opismate...

samat perantin baru zaki n wife...
aqu nie kira wakil opis mate yg datang la....

bebenornye aku nak ajak sudyn pegi weeding nie tp sudyn ade ops.. memula runsing gak nak gie ngan sape..last2 aku tumpang dak opis aku alwi n ado yg nk join sekali si bollah namanye(adik2 jek,meka nie baik ngan aku)..ija pun gie gak dia tunggu weols kat sana....

so far meriah lah siap ade live band lagik..si peranten laki mulut nyer x reti diam.....dego lagu peberate dia dok nyanyi2....peranten2...



bagai pinang dibelah dua....

dari kiri bollah,alwi,perantin ,aku(poyo2 ajek),ija n haikal (baby ija)

ija nak gak gambo ngan lakinyer ayeng



Saturday, August 15, 2009

pulang ke bandar

date : 26 /6/09

kata org setiap pertemuan pasti ade perpisahan,huhuhu sedih dh nak blk dh..
buat tuan rumah aka mak jang selamat habis megemas..

para perantau semu balik hr ni.seperti biasa aqu balik konvoi ngan abg2 aqu yg lain..seronok kanvoi nie,(bagi aku la).weols gerak pagi dlm kul 10 sebab byk destinasi nk di tuju...

bergambar sebelum pulang ..tp ramai yg x ado time megedik..jgn mare
nie kat umah pak itam,tu pun ado p.su n m.su




Wednesday, August 12, 2009

sukan malam anak2 usop

nie acara malam setelah abis kenduri...

anak2 usop kalau dh bkumpol x sah klu x ade game mberansangkan...so mlm nie acara diaorg bowling n ping pong..aqu selaku penyibuk x kan lepaskan,mesti join gak...asyik geng bapak2 jek main..ibu2 pun nk gak...tp mlm nie bukan geng ibu2 tp aqu n geng anak2 dara..

kebetulan farah n nana ikut aqu ajak la main sekali..ops mak buyung ikut gak tp dia tegok jek,maklum la nama pun mak buyung kena dok berehat la..

bowling kat segamat..nie jek yg ado tuk hiburan..bandar kecik jek kan


nana,ayue n farah

aqu pun nk join

wah perut...malu222

masing2 tunjuk terror

sudyn juara mlm nie



gediq gediq amik kesempatan jap ek...

dh abis bowling,main ping pong pulak..




bagi kaum hawa,,nie la jek keje kami



p/s: kul 12.30 baru diaorg abis...ish ngantok aqu dibuatnyer

KENDURI TAHLIL ARWAH AYAH & MAK

DATE:25-07-09 (SABTU) > 2pm
PLACE: KG.LUBOK BATU SEGAMAT JOHOR


**kenduri nie dibuat setiap tahun sebelum bulan ramadhan..bagi mendoakan kenteteraman arwah2 tersayang yg telah pegi meninggalkan weols sefamily...aqu nie anak yatim piatu....huhuhu..

so far,semu berjalan lancar n meriah sekali....seronok bebebor bila berkompol sefamily...walaupun gamai umat keluarga yg domam..tmasuk laki den sudyn....



>>>>nie sesi melaypak sebelum kenduri...

>>>>wah makan sakan meke2 nie,sedap bebenor nasi beraini...antara yg sedang mjamu selero p.dak & m.dak sefamily ,ayu,k nor,k nora n x pasti bab nampak kepala jek



khemah tuk menjamu selera

nie antara juadahnyer..ish ade lagi la x kuar kan lagik
kuih dodol kelapa (wajik sirat) fov. aqu nie sedapp yumyum

exora baru mak su aqu.(baru seminggu nie)
upin n ipin melaypak.. abg fazil yg kebujangan...
p/s: aqu disaat kenduri nie adalah org yg tersibuk jugak la...laki aqu pun mbawa diri sendiri,makan sendiri, minum sendiri ,tido sendirian n bak kata semu sendirian berhad sian sudyn.. krn kesibukkan aqu..

Thursday, July 23, 2009

umrah 2009

**kesah yg aqu nk story nie dh agak lapok gak la ,,bab dh beminggu2 blalu...semu nie bab kemalasan aqu yg mengiler...story nie bkaitan ngan family sudyn aka family mentua aqu..

**mak abah aqu nie dh kali ke 3 kemekah,1st wat haji n 2 kali wat umrah..eee sonok kan dpt ketanah suci wat ibadat n melawat tempat klahir nabi....aqu pun nak....tp bila agaknye yek!!!
rombongan kali nie mak abah aqu ajak satu kampung lempor,kuala kangsar...semu nye sedare mare....

**b4 nk ke klia , diog stay umah aqu..

date blepas : 25/06/09
date ktibaab ;08/07/09


##hari mengantor ke KLIA...4 kete dr umah aqu

  1. sitam (myvi aqu la)
  2. kete yun aka adeq ipor
  3. kancil (sedare sudyn)
  4. kete abg ipor aqu
  5. me n cek kenit aka amanina anak sedare
mak abah aqu yg amat penyayang...susah beb nak cari mentua cam nie baik...sayang sangataqu kat meke nie




yun aka adeq ipor aqu ..kusyuk menulis azimat tuk mak


sebahagian peserta umrah
###masa nie mak n abah aqu dh sampai ketanah suci...
menjamu selera kurma yg dpetik dr pokok..makan free jek tp kat situ jek la..nk bawa balik bayorr



##pic ni la rombongan umrah dh selamat pulang...alhamdullilahh semu selamat...cuma batuk2 n suara hilang jek la...sbab korang pun tau kan kat tanah arab tu panas..

wah kemain byk brg dbeli masa pegi seorg satu beg jek bile balik jd 2 , 3 beg

menuggu sudyn(laki den la) amik kat KLIA

kemain lagik sudyn rindu sgt kat mak dia x menyempat amik gambo


###nie masa malam ketibaan mak n abah aqu,lending umah aqu la sepe lagik kan ..aqu kan menantu kesygan,,kesygan la sgt persaan lebe..rs nak muntah wpun aqu sendiri ygmengeluar kan kata2 semanis madu tu...pehhhh
malam tu ipor duai aqu semu bekumpul...maklum la masing2 kan ade buah tangan mak abah aqu belikan..aqu nyer awal2 dh sudyn chopp..tp aqu x peduli tu semu yg aqu terjah KURMA..terhengat2 dr opis td...
pak aji kecik(anak abg sudyn) sonok sgt dpt jubah dr tok dia

amanina yg kepanasan

##end of story.....seronoknyer......besok nyer mentua aqu balik keIPOH ,abg ipor aqu hantor..