Thursday, July 1, 2010

MUNTAH SUSU

Apa itu muntah susu?

Istilah perubatan pada masalah ini ialah gastroesophageal reflux. Ia tidak sama dengan muntah biasa. Muntah susu adalah masalah yang sangat kerap terjadi dikalangan bayi iaitu 40% pada bayi berusia kurang dari 1 tahun.

Apa yang menyebabkan muntah?

Ia terjadi kerana susu didalam perut termasuk balik kedalam salur esophagus ( saluran yang menyambungkan perut dan mulut). Bagi bayi yang lebih berusia, terdapat otot pada pangkal esofagus ini yang menghalang makanan dari perut masuk balik ke esofagus yang berfungsi seperti penutup satu hala atau 'valve'. Walaubagaimanapun, valve ini tidak betul-betul berfungsi sehinggalah bayi berusia 1 tahun ke atas. Itulah sebabnya ia lebih lebih kerap terjadi dikalangan bayi berusia kurang dari 1 tahun.


Gejala dan simtom

Keluar secara 'effortless'


Muntah terjadi sebaik minum susu

Muntah selepas sendawa

Susu keluar lebih banyak terutama setelah terlebih minum

Tip untuk kurangkan muntah susu

Sendawakan bayi dengan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu

Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat.

Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu

Hindar dari minum susu terlalu banyak dalam satu masa

Baringkan bayi dalam kedudukan mengiring sebelah kanan semasa tidur

Tinggikan kepala bayi 30 darjah semasa tidur

Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu.

Periksa samada terdapat “dribbling” pada mulut bayi semasa tidur. Lap sekiranya ada susu untuk mengurangkan iritasi.

Pastikan bayi tidak mengalami dihydrasi (kekurangan cecair badan) dengan memeriksa tanda-tanda dehidrasi seperti:

Lampin- sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasi

Periksa mulut: Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasi

Kulit: sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.

Bila perlu jumpa doktor?

Kebanyakkannya akan hilang dengan sendiri selepas 12 bulan dan bayi membesar secara normal. Walaubagaimanapun, ada segelintir dari bayi yang muntah terlalu banyak sehinggalah ia tidak membesar sebagaimana yang sepatutnya. Sekiranya muntahnya keterlaluan setiap kali menyusu, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan.



Tip untuk menyusukan bayi

Menyusu dengan kadar sedikit. Hadkan setiap susuan kurang dari 20 min sekiranya menyusu botol.

Sekiranya menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang satu lagi.

Jarakkan susuan sekurang-kurang 2 jam kerana perut mengambil masa 2 jam untuk kosong semula.

Pakaikan lampin dengan lebih longgar

Susukan bayi dalam keadaan tegak sedikit

Friday, April 30, 2010

ADAMAYA

DAKU SUKE CITE ROMANTIS NIE..SBB  HERONYE NAMA ADAM (BAIK ,PENYAYANG,SABA N BAK KATA PERWATAKANNYE SEMU BAIK LA.....HOPE BB DAKU PUN AKAN SEPERTI ITU)

Episod pertama je dah wow! Sebab Lisa Surihani dan Sein sama padan dan sesuai gitu :)


Selalunya malas betul kalau Isnin dah tiba. Tapi sekarang, baru Jumaat dah tak sabar-sabar tunggu hari Isnin...ekeke. Berangan baru-baru kawen plak bila tengok Adam baik sangat jaga Maya, especially part candle light dinner tu. Walau pun makan mee goreng mamak je kan? hihi...

Saya asik tersenyum simpul sorang-sorang je. The best part is bila Maya cuit-cuit Adam tu nak ajak menghasilkan baby...hihihi. Anak sapalah agaknya Amani tu (nama sebenar Mia Sara), sangatlah adorable!!!!

Sunday, April 25, 2010

lamanye x up date

salam...

lamanye aku x up date blog niekan..mungkin ramai dh x mengigati aku lagi sbagai blogger..

untuk pengetahuan member blogger daku sbb daku x up date adalah dsbbkan oleh keadaan daku yg berbadan dua..mood tuk up date autom. hilang...mungkin nie disbbn oleh pembawa bb kot...(hehehe alasan bole terima pakai ke,,kata jek la malas)

now ..daku dh sarat 9 bulan n nk menanti masa bersalin jew...hai blogger2 andai ade yg menbaca terima kasih n doakan daku selamat yek....amin....

klu daku ade tersalah bicara ...maafkan lah daku .....

insyallah andai ade waktu terluang pas pantang daku aktif kembali yek....

salam sayang semu...muahhhh