hari aku dh pun mula berkeja ahh rasa bosan n malas tp megenangkan mencari rezeki aku gagahi gak la....
hari raya kali ini aku begitu puas n bersyukur sangat...sonok habis lagik berkumpul bersama family...
nanti2 la aku jaja cite raya aku k..
Dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang kian menjelma, tibalah masanya untuk kita mula menghantar salam ucapan Hari Raya kepada rakan-rakan, ahli keluarga serta rakan setugas masing-masing. Pada zaman ini, kita tidak perlu lagi menulis ucapan Hari Raya ke atas beberapa keping kad dan hantar melalui pos yang mungkin akan tiba selepas Hari Raya.Dengan adanya teknologi yang sudah berkembang, kita sudah mampu untuk menghantar e-kad bagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan yang beragama Islam. Mamee telah menyediakan senarai e-kad pelbagai pilihan untuk anda hantarkan kepada rakan-rakan serta ahli keluarga anda di bulan Ramadhan ini. Untuk melihat senarai e-kad tersebut, sila layari laman web www.rayagayamamee.com.myDi samping itu, anda juga berpeluang untuk memenangi sebuah rumah terbuka PERCUMA Mamee Sllrrrp di Hari Raya ini yang akan dihoskan oleh selebriti-selebriti Akademi Fantasia kegemaran anda seperti Mila, Hafiz, Aril dan juga pengacara-pengacara radio Era! Selain itu, Era juga akan memberikan hadiah wang tunai harian RM200 untuk dua orang yang menghantarkan e-kad terbanyak daripada laman web Raya Gaya Mamee! Ada lagi berita baik! Sekiranya anda merupakan seorang ahli Nuffnanger yang menulis mengenai kempen ini di dalam blog dan berjaya dipilih sebagai pemenang, anda bakal menerima hadiah wang tambahan RM300 yang akan dikredit masuk ke dalam akaun Nuffnang anda!!Jadi, lekas dan hantar seberapa banyak e-kad Hari Raya anda sekarang!Untuk maklumat lanjut bagi memenangi wang tambahan RM300 ini, sila rujuk artikel blog Nuffnang. Selamat Berpuasa,
P/S:mari kite sertai ..manala tau rezeki
Sepasang
suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki
3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat.
Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka
memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga
mereka secepat mungkin.
Mereka
menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan
pembahagian
harta sepencarian di antara mereka, perundingan
berlangsung lancar dan akhirnya
sebagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah,
rumah, dan semua aset
harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua
belah pihak. Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya,
yaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka
tiga orang].
Baik si suami maupun si isteri, sama sama
ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak
tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Nabi Sulaiman
a.s. dulu.
Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama,
meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh.
Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak,
yaitu mereka
diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka
harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan
mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan
tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah
untuk dibahagi di antara mereka
berdua.
Kerana
si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka
mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan
akhirnya mereka berhasil.
Setahun
kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu
dengan pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan
dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya, :
"Apakah Kalian
tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal
bercerai?".
Sang Suami lalu menjawab : "Tuhan maha
pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus
juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan
saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai".
"Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?" , tanya Sang
Imam.
"Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu
anak, tapi dua anak,anak kembar!!".
Beberapahikmah:
1 Menunda tindakan negatif sering
bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi.
Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang
ingin kita lakukan. Betapa banyak penghuni penjara yang
menyesal: mengapa ketika marah memukuli isteri/anak/ dsb
sampai tewas....
2.Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah
kunci kebaikan, sehingga nabi saw menekankan laa taghdhab
[jangan marah] kepada
sahabatnya.
3.Kisah diatas menunjukkan kasih sayang
Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah di atas
yaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil meredam
pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan
isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali
membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan
membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa
baiknya suaminya/isterinya.
4.Pertengkaran itu lumrah rumah tangga.
Dengan pertengkaranlah membuat keharmonian semakin terasa
nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa
setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak
sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Karena pertengkaran itu
seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan.
...sampaikanlahilmu walaupun hanya satu ayat......
...muhasabahlah diri sendiri sebelum muhasabah diri orang lain
p/s:renung-renungkan dan selamat beramal
[TAG] Makan-Makan Raya:-
1. Suka memasak ?
ohh masak aku memang suke...lagi2 masak tuk sudyn.. tp bila dtg malas.. aku suruh tukang masak aku yg masak(kedai la per lagik)
2. Masakan istimewa anda untuk yg tersayang adalah...(2 jenis)
1: gulai tempoyak
2:kari kepala ikan
3.Makanan istimewa yang anda suke waktu Raya? kenapa?(2 jenis)
lemang + rendang tok n ketupat n ayam masak merah..kenape aku suke bab tu akunyer fov menu raya
4. Kuih Raya Kegemaran anda dan si dia?
aku n sudyn memang suke biskut tart nenas n almond london
5. Tayang sikit gambar masakn dari anda...hehe
gambar x snap la...negok la nanti diusahakan
6. Sila beri TAG ini pada 6 orang kenalan di Blog List anda:-
bab nie paling aku x suke..bab x ade geng...jd aku x tag sesaper
p/s:cikgu keje sekolah dh siap
Kasih sayang yg tak berpenghujung. .. ..
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah."Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai."Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,"Saya yang ambil!"Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri.
Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!""Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak."Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu."Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik.
Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis."Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak."Kakak perempuan... . biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... .
"Kak.....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!""Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. Aku cukup tersentuh.
Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu."Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.""Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan."Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya."Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik."Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik."Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.""Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk."Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada.
Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."
katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.."Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. "
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
p/s:aku menbaca kesah ini di blog ceera ,aku begitu merasai kepedihan,kesedihan n penderitaan mereka..sedih sesgt....tanpa sedar air mata ku menbasahi pipi yg gebu ini(gebu ke)..jadi aku nk cher ngan sahabat blog aku gak...
nangis la puas2 huhuhuhu...
NOTE
insyaalah ..daku akan menjadi umi dlm 2 weeks lagik...doakan kan daku selamat yek blogger2 tersayang..